Wednesday, July 22, 2009

PAS serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar

Rabu Julai 22, 2009

RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. BERNAMA

INILAH DIA SIKAP ULAMA PAS

bangau oh bangau

Ronnie oh Ronnie, Kenapa Beng Hock mati?
Itu jam dia MACC tahan, Tentu kerja MACC
Tentu kerja MACC

MACC oh MACC, Kenapa tahan Beng Hock?
Dia dipanggil sebagai saksi, Ean Yong salahguna wang
Ean Yong salahguna wang

Ean Yong oh Ean Yong, Kenapa salahguna wang
Saya meh? Khir Toyo lagi banyak.. Apasal you diam saja
Apasal you diam saja

Khir Toyo oh Khir Toyo, Betul ke wak salah guna wang
Saya tiada kena mengena dalam ini lagu
Harap maklum.

Eh..

Ean Yong oh Ean Yong, Kenapa salahguna wang
You mana tau saya salahguna, Chee Keong blog ada cakap meh?
Chee Keong blog ada cakap meh?

Chee Keong oh Chee Keong, Betul meh itu Ean Yong salahguna wang?
Saya bukan tuduh dia atau siapa-siapa, Saya sama Azmin mau reshuffle!
Saya sama Azmin mau reshuffle!

Azmin oh Azmin, Kenapa nak dirombak
Macammana tak kena rombak, Khalid bela geng perompak
Khalid bela geng perompak

Khalid oh Khalid, Betul ke geng dengan perompak
Siapa? Tak mungkin Teresa perompak, Walaupun dia kuat menyalak
Walaupun dia kuat menyalak

Teresa oh Teresa , Kenapa kuat menyalak
Macammana saya tak salak menyalak
Itu Salak Selatan under saya ma..

Tanya lain, jawab lain!

Teresa oh Teresa, Kenapa menyalak Azmin
Oh.. Sebab dia mau kacau kami, Tuduh kami kongsi gelap
Tuduh Kami kongsi gelap
I'm a senior exco.. cakap baik-baik!

Kongsi gelap oh kongsi gelap, Betul meh kamu ada link sama Exco DAP?
Siapa pintu buka kami masuk lor, Ronnie ada buka
Ean Yong ada buka

Ronnie oh Ean Yong, Betul meh you buka pintu sama kongsi gelap?
Sei ngolei hoilei kong kamyong (Matila kami diorang cakap macamtu)
Memang ada juga
Memang ada juga
Chan yau lorrr..

Rakyat oh Rakyat, Kenapa Beng Hock mati?
Sebab kalau dia mati, DAP senang hati
DAP senang hati

petikan dari ipoh malay

Tuesday, July 21, 2009

Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berpecah belah malah menyuruh mereka bersatupadu. Agama mesti didahulukan, bukannya parti