Thursday, September 10, 2009

Siapa aku dalam UMNO

Tergiang-ngiang ditelinga sampai sakit kepala dok dengaq pasai hukum hakam.Ustaz aku cakap kalau kita bepegang kepada tali allah,maka kita berada dalam landasan islam.Depa kata kita(UMNO)tolak islam..betui ka..
Aku secara peribadi menolak Ulama politik atau direct cakap Nik Aziz.Aku tamau mintak maaf pasai tak panggil dia Tok Guru..bukannya guru aku..atau datuk kepada guru aku..pergi jahanam lah....
Setidaknya benak otakku masih boleh pikir lagi.Apa yang kerajaan BN yang di kepalai oleh UMNO tak pernah menghalang rakyat dari mengerjakan aktiviti agama malah dibina masjid,surau dan kemudahan-kemudahan untuk rakyatnya lebih selesa mengerjakan tuntutan islam.
Dek kera terlalu selesa tu la sampai kita sendiri keliru tahap islam kita.Aku Champion dalam agama aku.Aku lebih Islam dari orang lain..kata org tua tu..pakcik hadi yang dulunya keluarkan fatwa..terkedu kedu pasai parti dia buat macam dalam fatwa dia..kalau aku pun pening nak cover..
Pun begitu aku rasa tindakan pakcik hadi untuk menebus dosanya patut dipuji.Tapi Tok nik pulak tak bagi..kacau mariii..
sapa nik Aziz ni..?
antara Nik Aziz,Ayah Pin dan Rasul Melayu(kahar ahmad)sama ja..merasakan diri mereka lebih islam dari orang lain..tapi ayah pin lagi dashat dan tinggi ilmunya sampaikan tok guru agama lain sanggup minum ayaq kaki tuu..yang si rasul tu pun haru jugak..mmg betui takdak dalam quran kata rusul terakhir yang ada cuma Nabi terakhir Muhammad s.a.w...tapi bang kahar oii..nak jadi rasul kena la jadi nabi dulu...mana ada rasul yang bukan nabi..tupun berkepoi kepoi umat melayu turut...ni pun satu haruuu
Secara personal jugak UMNO aku rasa The Real Islamic Party..
Ni lah masaalahnya kalau mengaji bab islam kat ceramah dan tazkirah saja..cubala cari ustaz yang sahih sikit ilmunya.
Bab Kebangsaan bukan masaalah besar sebenarnya,pasai di malaysia mejoriti dan ketuanan adalah melayu..pangkah pas comfirm ka masuk surga..habis camna kalau kita dok kat negara selain malaysia..depa semua nak masuk mana mana pulak..ahli neraka ka depa tu semua..surga allah bukan untuk orang Malaysia saja atau tepatnya yang pangkah Pas saja..adoiii..aku pening laaa...
kat Penang ni muncul khalifah umar..wahh hebat mat spek tu..tak perlu jadi islam pun boleh kompom masuk surga jugak dia tu gamaknya..ada sapa ustaz,alim ulama atau ambia Pas yang menolak seorang pemimpin khafir dianggap sebagai pemimpin yang membela islam..nak percaya hadis nabi ka nak percaya kata dia...ishh aku payah la macam ni....
siapa aku sebenarnya kalau jadi ahli UMNO..?
yang aku tau aku ahli Pas ka Umno ka Dap ka parti tapaware ka..kalau aku tak amalkan ajaran islam...neraka lah..menunggu aku...
takutnya aku...
astafirullahal azim,allahommasolli ala muhammad waala ali muhammad,ashaduallaila ha illallah muhammad rasulullah..

22 DALIL UNTUK PAS(lu pikir la sendiri)

Perangai PAS pelik tapi benar

1. BILA ADUN BN lompat parti ke Pakatan Rasuah (PR), halal. Bila ADUN Pakatan Rasuah (PR) lompat parti ke BN, haram (di Perak).

2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN Pakatan Rasuah (PR) yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Tun Dr. Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Tun Dr. Mahathir.

11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

12. Bila Pakatan Rasuah (PR) buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.

Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni

Wednesday, July 22, 2009

PAS serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar

Rabu Julai 22, 2009

RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. BERNAMA

INILAH DIA SIKAP ULAMA PAS

bangau oh bangau

Ronnie oh Ronnie, Kenapa Beng Hock mati?
Itu jam dia MACC tahan, Tentu kerja MACC
Tentu kerja MACC

MACC oh MACC, Kenapa tahan Beng Hock?
Dia dipanggil sebagai saksi, Ean Yong salahguna wang
Ean Yong salahguna wang

Ean Yong oh Ean Yong, Kenapa salahguna wang
Saya meh? Khir Toyo lagi banyak.. Apasal you diam saja
Apasal you diam saja

Khir Toyo oh Khir Toyo, Betul ke wak salah guna wang
Saya tiada kena mengena dalam ini lagu
Harap maklum.

Eh..

Ean Yong oh Ean Yong, Kenapa salahguna wang
You mana tau saya salahguna, Chee Keong blog ada cakap meh?
Chee Keong blog ada cakap meh?

Chee Keong oh Chee Keong, Betul meh itu Ean Yong salahguna wang?
Saya bukan tuduh dia atau siapa-siapa, Saya sama Azmin mau reshuffle!
Saya sama Azmin mau reshuffle!

Azmin oh Azmin, Kenapa nak dirombak
Macammana tak kena rombak, Khalid bela geng perompak
Khalid bela geng perompak

Khalid oh Khalid, Betul ke geng dengan perompak
Siapa? Tak mungkin Teresa perompak, Walaupun dia kuat menyalak
Walaupun dia kuat menyalak

Teresa oh Teresa , Kenapa kuat menyalak
Macammana saya tak salak menyalak
Itu Salak Selatan under saya ma..

Tanya lain, jawab lain!

Teresa oh Teresa, Kenapa menyalak Azmin
Oh.. Sebab dia mau kacau kami, Tuduh kami kongsi gelap
Tuduh Kami kongsi gelap
I'm a senior exco.. cakap baik-baik!

Kongsi gelap oh kongsi gelap, Betul meh kamu ada link sama Exco DAP?
Siapa pintu buka kami masuk lor, Ronnie ada buka
Ean Yong ada buka

Ronnie oh Ean Yong, Betul meh you buka pintu sama kongsi gelap?
Sei ngolei hoilei kong kamyong (Matila kami diorang cakap macamtu)
Memang ada juga
Memang ada juga
Chan yau lorrr..

Rakyat oh Rakyat, Kenapa Beng Hock mati?
Sebab kalau dia mati, DAP senang hati
DAP senang hati

petikan dari ipoh malay

Tuesday, July 21, 2009

Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berpecah belah malah menyuruh mereka bersatupadu. Agama mesti didahulukan, bukannya parti